Tuesday, May 24, 2011


mula mula aku tak tengok drama Nora Elena nie.. tapi lepas aku tengok kat kampung dengan Ajie..Ajie pun meroyan tengok drama nie..TERfollow laq aku.. dah lama gak la aku tak follow citer episod cam nie.. Sekarang aku kene balik dari ofis sharp time..nak tengok apa jadi dengan Nora Elena..

Nora Elena adalah drama yang diadaptasi dari sebuah novel 'Kasihnya Suci'.. Drama nie ditayangkan pada pukul 7-8mlm kat TV3..


Sinopsis drama nie Kisah Nora Elena telah mengalami kenangan pahit 10 tahun dulu dimana dia telah dirogol berusia 15tahun. Nora Elena sentiasa dibayangi oleh bayangan hitam orang bernafsu binatang tue. Lepas 10 tahun berlalu, Nora Elena telah berjumpa dengan kekasih hati Idham atau Eid dan akan melangsungkan perkahwinan. Perancangan untuk berkahwin tidak kesampaian dimana Nora Elena telah berkenalan dan mula rapat dengan Seth Tan iaitu boss kepada Eid dan telah timbul perasaan cemburu dan salah faham lalu Eid membatalkan perancangan tue.. Tindakan drastik Eid telah membuat Nora Elena mengimbau kenangan lama dan pelbagai masalah dan dugaan yang menimpa. Sementara tue, Seth dapat tahu masalah Nora Elena dia telah menghulurkan tangan menawarkan diri untuk menjadi pengganti Eid dalam hidup Nora Elena. Apakah kesudahannya?? Jom la tengok tiap hari Isnin - Khamis.. jangkaan 24 episod jer..huhuhu..

Siti Saleha sebagai Nora Elena
Aaron Aziz sebagai Seth Tan
Tiga Pelakon Utama Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul Ariffin

No comments: