About Me


Salam semua... Hai!!

inilah seorang gadis yang bernama Nor Shaheeza. Seorang yang periang bersama kawan dan rakan seperjuangan yang ada. Juga seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan serius dalam melakukan tugas.

dari seorang bayi perempuan yang tak banyak kerenah bak kata mama, membesar dengan juara sambil minum susu Dumex.. nak jadi juara sahaja semasa zaman kanak-kanak nya.. hingga zaman persekolahan menjadi pemalu dan agak kurang bercakap sebab takut kene marah dengan cikgu.. memang tak ada keyakinan masa tue.. masuk saje sekolah menengah aku mula melangkah dengan berani menjadi Ketua Kelas..amekaw!! zaman skola rendah dulu aku pikir budak lelaki jer bleh jadi Ketua Darjah rupanya perempuan dah monopoli jawatan nie..zaman skola aku penuhi dengan gembira sekali..

zaman kolej dah bermula lepas SPM, aku mula langkah pengajian tinggi aku di Kolej Cybernetics Antarabangsa, Cheras..tiga tahun aku di situ dan pelbagai kawan aku jumpe sehingga aku jumpe jOdOh!!! huhuhu.. sape lagi kan aku jumpe kalau bukan Shinbe.. huhu.. di sini aku betul-betul tunjukkan bakat aku cam menjadi fasilitator kaunseling, menjadi ketua pameran untuk task paper aku, peserta nyanyian CICT IDOL..dan menjadi Pengerusi Majlis Dinner last year aku.. memang best!!

selesai tiga tahun di situ, aku mulakan zaman kerjaya dengan menjadi Pembantu Penyelidik untuk projek The Malaysian Cohort di HUKM atau PPUKM sekarang.. di sini lagi cam-cam pengalaman yang aku tempuh.. aku memang tak dapat dilupakan sebab di sini mulanya rezeki aku untuk hidup. hampir dua tahun lebih aku kerja di sini aku mula bosan dan aku dapat rezeki interview SPA.. hanya hati jer yang tahu kalau dapat kerja SPA.. aku sungguh-sungguh interview tau..dan kalau dah rezeki tue kan..Alhamdulillah.. akhirnya aku bekerja tetap di KPM, Putrajaya dan menetap di sini jugak..duk kuarters tau..huhu..aku bersyukur..



Kehidupan aku pula, aku telah bertemu jodoh dengan Mohd Syazreel Amri (Shinbe) pada 1 Jun 2012. Perkahwinan kami telah dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup comel iaitu kami beri nama Adryana Syazleen yang bermaksud Nisbah.. Alhamdulillah kehidupan aku cukup lengkap dengan dua orang yang aku sayang..