Sunday, May 29, 2011

Imuniti Untuk Fina!!!

Tahniah kepada Fina AF9 untuk minggu ke-8 nie sebab telah menakluk hati Principal dan Teachers di Fakulti AF9 bagi memiliki Imuniti dari mereka. Tahniah jugak kerana telah menarik perhatian pengundi pengundi di luar sini untuk mengundi sehingga ke tempat Pertama minggu ini.

Pihak juri amat meninati dia nie terutama Abg Botak sorang nie..Hattan. Yelah "my baby " katakan.. kalau Ogy dia kritik tak berat sebelah..klo tak suka gile gile die kritik..tapi klo show baek punyerr die puji abis sampai bangun sambil tepuk tgn untuk beri penghargaan.

Fina!!! ko memang hebat di mata peminat hiburan muzik di tanah air kite... aku nie salah sorang peminat hiburan muzik di tanah air kite juga.. tapi malang nya aku tak berapa berkenan gaya ko dalam diari AF9.. ko perlu banyak belajar dari segi komunikasi dan perasaan cemburu yang agak telus ko bercerita terhadap kawan kawan yang laen dalam AF9.

Aku adalah peminat AF dari 1 hingga sekarang..Aku tak peduli apa org kate AF sekarang nie dah tak best cam dulu..bagi aku klo dah minat dgn hiburan muzik tanah air mesti tau semua nya.. Paling kurang pun tau lagu baru..penyanyi baru..huuhuu..

Fina...selalu berada di tangga yang tercorot dan tak terkejut la klo undian untuk die akan naik ke tangga teratas lepas buat persembahan. Suara dan persembahan tidak dinafikan meman Mantap bak tagline si Azri.. Jadinya untuk minggu depan tak de la Fina buat persembahan sebab Imuniti sudah jadi miliknya.. Tahniah sekali lagi..

Semoga aku menonton persembahan Finalist AF kali ini penuh semangat dan lebih matang untuk terus berjaya seperti Senior-Senior anda sebelum ini.. Out~~~

Tuesday, May 24, 2011


mula mula aku tak tengok drama Nora Elena nie.. tapi lepas aku tengok kat kampung dengan Ajie..Ajie pun meroyan tengok drama nie..TERfollow laq aku.. dah lama gak la aku tak follow citer episod cam nie.. Sekarang aku kene balik dari ofis sharp time..nak tengok apa jadi dengan Nora Elena..

Nora Elena adalah drama yang diadaptasi dari sebuah novel 'Kasihnya Suci'.. Drama nie ditayangkan pada pukul 7-8mlm kat TV3..


Sinopsis drama nie Kisah Nora Elena telah mengalami kenangan pahit 10 tahun dulu dimana dia telah dirogol berusia 15tahun. Nora Elena sentiasa dibayangi oleh bayangan hitam orang bernafsu binatang tue. Lepas 10 tahun berlalu, Nora Elena telah berjumpa dengan kekasih hati Idham atau Eid dan akan melangsungkan perkahwinan. Perancangan untuk berkahwin tidak kesampaian dimana Nora Elena telah berkenalan dan mula rapat dengan Seth Tan iaitu boss kepada Eid dan telah timbul perasaan cemburu dan salah faham lalu Eid membatalkan perancangan tue.. Tindakan drastik Eid telah membuat Nora Elena mengimbau kenangan lama dan pelbagai masalah dan dugaan yang menimpa. Sementara tue, Seth dapat tahu masalah Nora Elena dia telah menghulurkan tangan menawarkan diri untuk menjadi pengganti Eid dalam hidup Nora Elena. Apakah kesudahannya?? Jom la tengok tiap hari Isnin - Khamis.. jangkaan 24 episod jer..huhuhu..

Siti Saleha sebagai Nora Elena
Aaron Aziz sebagai Seth Tan
Tiga Pelakon Utama Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul Ariffin

Thursday, May 19, 2011

~~PeSaNaN~~

Ihsan dari email Yahoo tulip_shabreeps..

Jangan Memakai Jam Ketika Tidur
Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.

Jangan tidur dengan handphone di sisi anda
Para saintis percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh membahayakan kesihatan anda, walaupun ada yang berbuat demikian kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera (alarm clock). Kalau boleh elakkan.

Jangan tidur dengan muka bermekap
Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita tidak rasa selesa dengan mekap yang belum lagi tertanggal. Selain itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan mendapatkan pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap sebelum tidur.

Jangan tidur dengan memakai bra
Hal ini juga penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan bahawa, mana mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk menghidap kanser barah payudara. Memakai bra lebih dari 12 jam juga tidak baik untuk kesihatan wanita.

Jangan tidur dengan memakai seluar dalam
Ini untuk kaum lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat.

Jangan tidur tanpa seurat benang
Ia juga mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi kecemasan.

p/s : Jangan lupa sebelum tidur berwuduk, membaca doa tidur, agar tiada gangguan.

Wednesday, May 18, 2011

14-5-11 Konsert AF9 Minggu Ke-6 pt7 - Hazama



persembahan Hazama yang paling best kat AF9 minggu nie.. Faizal Tahir puji habis-habisan.. Dia kata Hazama adalah seorang penghibur bukan penyanyi.. Fuhh!! Penghibur Belia yang paling Sempoi.. Bangga dengan Hazama.. ~~Hey Soul Sister~~

Sunday, May 15, 2011

TV HD yang teruja kan diri!!!

salam semua.. dah dua hari aku di kampung duk dgn makcik aku sempena cuti yang panjang nie. cuti nie aku berkorban untuk persediaan barang hantaran tunang aku tak berapa lama lagi nie. aku kene wat awal awal sebab makcik aku nak bercuti ke oversea.. Bandung tue..huhu.. ish aku tercabar betui sebab aku lambat lagi nak pegi nie.. hai cepat la tarikh nak terbang nie.. huhuhu..

ha..aku nak ceritakan tentang ape aku teruja bila nampak benda nie.. aku tengok umah makcik aku dah de tv HD.. walah wei!!! aku jeles la.. aku NAKKKKKK!! astro Beyond dah ade tinggal tv HD yang tak der jer.. teruja la.. TOLONGGGG!!! AKU NAKKK!! agak nyer bila la aku nak dapat tv HD nie..

dah dua malam aku tido umah die, punyer teruja asyik tengok movie HD jer.. fuhh memang MANTAP.. hai lil' scha.. ko kene bersabar..arghhhh!!



Wednesday, May 11, 2011

"Twin... Hepy Birthday dear"

Selamat Hari Lahir wahai adik kembar ku... yeeehaa sudah besar kalian yea.. Makin besar makin nakal.. Makin nakal makin petah kalian bercakap.. aku sukeeee.. Kalian dah ke sekolah.. bila ku pulang ke rumah kalian mesti bercerita tentang ape kalian belajar di sekolah.. nyanyi lagu ABC, nyanyi 123, nyanyi One Two Three.. alif ba ta.. seronok nyer aku dengar..

5 tahun dah kalian Zahirrul Aiman dan Zahirrul Aimer.. Kak Long ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yag ke 5 tahun yang comey.. Blaja rajin rajin yea kalian.. Cayang korang!!!


Tuesday, May 10, 2011

yumm..Pecal Lele!!

citer nie dah hampir seminggu cume aku dh lame tak entry kan kat blog aku.. al-maklum la broadband dh terminated.. malas aku nak layan broadband dah.. skng layan wifi jer.. huhu..

hari sabtu lepas Chinbe bawak aku pegi makan kat Ampang-Cheras (sempadan la...) area asrama kolej aku dulu.. Chinbe kate nak makan 'Pecal Lele'. aku dh mula ternganga.. makanan ape tue?? macam mana rupe nye?? setahu aku pecal je..tak de lak dgr ade lele nie.. huhu.. Chinbe kate jOm je..ikut je die..

lepas tue sampai la aku di kedai makan nie.. memang simple kedai die.. rupenya banyak kedai yang jual 'Pecal Lele' nie.. 'Pecal Lele' nie senarnye makanan dari Indonesia.. pelik sangat tapi menarik!!

Chinbe bagitahu aku 'Pecal Lele' nie ade nasi putih makan dengan ikan keli goreng.. dua ekor gitu.. huhu.. pastu ade sup kosong. lagi satu yang aku pelik ade lak air dan limau sebiji dlm satu mangkuk nie. aku tanya Chinbe, ape nie?? dia jawab, air basuh tangan dan limau nie bagi segarkan tangan lepas makan.. rupenye limau tu kene perah dlm air.. oo begitu..huhuhu...

inilah rupenyer 'Pecal Lele' makanan dari Indonesia.. bawah ikan goreng tu ade salad dan sambal..macam ulam la nie.. huhuhu.. ape pun thanxx kat Chinbe memperkenalkan aku makanan yang agak special dan aku dah rase memang UniQ..huhu.. dan thanxx juga pada kedai makan PPS Selera Food Court yang banyak pilihan makanan menarik kat sini.. ~~out~~