Monday, June 13, 2011

ADAB TEMAN SERUMAH

Minggu lepas aku duk teman akma dablueberry pegi basuh kete kat somewhere nie.. Punyer aku tggu tetiba aku nak selak majalah-majalah yg ade kat car wash tu.. selai-selai aku selak sampai aku tertarik satu tajuk nie..ADAB TEMAN SERUMAH.. kalau ikut kenangan aku menyewa dari kolej, bekerja di hukm sehingga sekarang macam-macam perangai aku jumpe dan jadinya apa yang aku belajar dari pengalaman, ADAB adalah penting bile duk menyewa..Ayuh mari kite lihat ihsan dari Majalah DARA.dom..
BARANGAN DAPUR
keperluan asas seperti susu, kopi dan gula selalunya dikongsi teman serumah. Namun haruslah bergilir gilir membeli barangan tersebut. Ini baru lah adil dan tidak ada sesiapa boleh merungut yang hanya dia seorang yang keluar duit beli barangan tersebut. Boleh cube mengutip wang tabung untuk membeli barangan dapur setiap bulan. Buat senarai barangan keperluan yang diperlukan. Pastikan simpan resit pembelian barangan untuk dijadikan bukti pembelian
BERKONGSI
Selalunya bertanya dan tunggu sehingga kamu mendapatkan kebenaran sebelum memakan sebarang makanan yang beli oleh teman serumah. Mungkin barangan yang disimpan untuk tujuan istimewa atau mungkin dia hanya mahu menikmatinya seorang diri.
PINJAMAN
Jika kamu meminjam barangan teman serumah, pastikan kamu menggantikan barangan tersebut dengan segera. Walaupun teman serumah tidak meminta semula tetapi pastikan kamu tidak terlupa untuk menggantikannya. Cara begini dapat memastikan teman serumah lebih percaya terhadap kamu.
RUANG
Setiap ruang awam di dalam rumah haruslah kemas dan bersih. Pastikan kamu menyimpan barangan sendiri di dalam bilik. Jika mahu meletakkan barangan tersebut di ruang awam, capailah persetujuan dengan teman serumah.
BIL
Elektrik dan air merupakan keperluan asas. Oleh itu, tiba waktu untuk membayar bil-bil berkenaan, bahagikan jumlah sebenar bil dengan jumlah penyewa di dalam rumah tersebut. Jika tidak ada yang mahu menjadi ketua untuk membayar bil tersebut, kamu boleh membuat jadual giliran supaya semua orang boleh menjalankan tanggungjawab masing-masing.
TETAMU
Beritahu teman serumah terlebih dahulu jika mahu membawa tetamu ke rumah. Tidak kiralah tetamu tersebut hanya datang berkunjung mahupun menumpang. Cara ini dapat mengelakkan teman serumah terkejut dengan tetamu yang kamu bawa itu. Pemberitahuan ini penting kerana tidak ada sesiapa suka apabila pulang sahaja dari bekerja atau kelas dalam keadaan penat, tiba-tiba mendapat tahu bahawa teman serumah telah membawa tetamu tidak di undang untuk tinggal di rumah.

Kepada teman - teman yang mempunyai teman serumah jadikan lah ADAB nie sebagai guideline anda. Sesiapa yang tidak pernah mempunyai teman serumah jadikan ini panduan supaya tidak tersasar.. gud luck!! OUT~~

7 comments:

a.R said...

baekkk teman serumah... aritu tak sempat mau btau .. sbb ttbe mereka tukar fikiran mau stay dekat rumah.. Sori ye, len kali tak buat lagikk...!!!

cik tasukeecOklat said...

akak mmg selalu nak gtau kalau ade org nak dtg uma...tp luper lak akak duk sorang da...!!!hak hak hak

cik tasukeecOklat said...

akak mmg selalu nak gtau kalau ade org nak dtg uma...tp luper lak akak duk sorang da...!!!hak hak hak

akmadablueberry said...

wey!!!ko perli aku ea..cettt..

bil aku baya ok!!maintainance juga..

aku bru makan nugget ko satu pon ko perli aku kat sini ea..agagagaggagaa...nnti aku beli 50paket kasi ganti..kui3=p

a.R said...

ye lol...aku slalu lewat bayor bil kat kema.... kalo aku wat bodo tu ko mintak je lol..kkdg aku tlupe.. bkn sengaja.. ngee~~

norm : ko bole je sms btau meski pons kite seme berjauhan...hakhakhak....

tuLip said...

huhuhu..nie adalah fakta..aku nak share dgn korang sbb lebih 5 thn aku duk menyewa benda nie la penting senarnye..jd asas la..
to kak norm: bgs duk sorang sbb kita tak akan pikir sesapa..kita sorg jer..ssh senang kite sorg..nnt laen dh kawin berdua..hahaha..jaga org tu lak..
to kema n cik muda : aku no hal..asalkan masing2 hati senang dan aku tak kacau org..peace~~

cik tasukeecOklat said...

mmg best pon duk sesorang.....xyah nak kisah gan org lain..xyah nak sentap...xyah nak kici hati..dan paling best nak bOgel kat uma pOn xde sape nak kesah..kah kah kah..
tp lau ade ko member serumah songeh tu ko bako jek!!!sal beli barang dapo akak xksh sgt aw..tp akak cukup pantang kalau member serumah xreti nak basuh cawan ke pinggan ker...xreti nak tutup suis lampu lau da guna...aku pantang org camtuh...
then kes pemalas nak buang sampah..akupenah dpt member serumah camtuh!!!mmg cam bOdOh ah!!!xreti nak gilir²..da buat schedule pOn reti bahse lagik!!pulak tu die paling tua aw??bOdOh nak mamPos...akak pon da rasa semua pengalaman member serumah sengal ni..sekali tu gan akak akak sekali sengal....ok..da cukup da karangan komen akak...kamsahabnida..~heheh