Minggu lepas aku duk teman
akma dablueberry pegi basuh kete kat somewhere nie.. Punyer aku tggu tetiba aku nak selak majalah-majalah yg ade kat car wash tu.. selai-selai aku selak sampai aku tertarik satu tajuk nie..
ADAB TEMAN SERUMAH.. kalau ikut kenangan aku menyewa dari kolej, bekerja di hukm sehingga sekarang macam-macam perangai aku jumpe dan jadinya apa yang aku belajar dari pengalaman, ADAB adalah penting bile duk menyewa..Ayuh mari kite lihat ihsan dari
Majalah DARA.dom..
BARANGAN DAPUR
keperluan asas seperti susu, kopi dan gula selalunya dikongsi teman serumah. Namun haruslah bergilir gilir membeli barangan tersebut. Ini baru lah adil dan tidak ada sesiapa boleh merungut yang hanya dia seorang yang keluar duit beli barangan tersebut. Boleh cube mengutip wang tabung untuk membeli barangan dapur setiap bulan. Buat senarai barangan keperluan yang diperlukan. Pastikan simpan resit pembelian barangan untuk dijadikan bukti pembelian
BERKONGSI
Selalunya bertanya dan tunggu sehingga kamu mendapatkan kebenaran sebelum memakan sebarang makanan yang beli oleh teman serumah. Mungkin barangan yang disimpan untuk tujuan istimewa atau mungkin dia hanya mahu menikmatinya seorang diri.
PINJAMAN
Jika kamu meminjam barangan teman serumah, pastikan kamu menggantikan barangan tersebut dengan segera. Walaupun teman serumah tidak meminta semula tetapi pastikan kamu tidak terlupa untuk menggantikannya. Cara begini dapat memastikan teman serumah lebih percaya terhadap kamu.
RUANG
Setiap ruang awam di dalam rumah haruslah kemas dan bersih. Pastikan kamu menyimpan barangan sendiri di dalam bilik. Jika mahu meletakkan barangan tersebut di ruang awam, capailah persetujuan dengan teman serumah.
BIL
Elektrik dan air merupakan keperluan asas. Oleh itu, tiba waktu untuk membayar bil-bil berkenaan, bahagikan jumlah sebenar bil dengan jumlah penyewa di dalam rumah tersebut. Jika tidak ada yang mahu menjadi ketua untuk membayar bil tersebut, kamu boleh membuat jadual giliran supaya semua orang boleh menjalankan tanggungjawab masing-masing.
TETAMU
Beritahu teman serumah terlebih dahulu jika mahu membawa tetamu ke rumah. Tidak kiralah tetamu tersebut hanya datang berkunjung mahupun menumpang. Cara ini dapat mengelakkan teman serumah terkejut dengan tetamu yang kamu bawa itu. Pemberitahuan ini penting kerana tidak ada sesiapa suka apabila pulang sahaja dari bekerja atau kelas dalam keadaan penat, tiba-tiba mendapat tahu bahawa teman serumah telah membawa tetamu tidak di undang untuk tinggal di rumah.
Kepada teman - teman yang mempunyai teman serumah jadikan lah ADAB nie sebagai guideline anda. Sesiapa yang tidak pernah mempunyai teman serumah jadikan ini panduan supaya tidak tersasar.. gud luck!! OUT~~