14hb tiga beberapa ari lepas, aku dan Abah pergi selesaikan borang nikah kami (Tulip & Shinbe).. lepas selesai dokumen-dokumen untuk lengkapkan borang nikah dah siap, kene la daftar semua nya.. pendaftaran nikah aku buat kat Ofis jugak..Tingkat 7 Blok E2, Pej. Agama W.P caw. Putrajaya.. dekatkan.. Nasib baik boleh buat kat situ.. Tak payah susah-susah pegi kat K.L lagi..
Bila hantar semua borang kene la tunggu jap pegawai nikah panggil untuk minta tandatangan aku dan Abah sebagai wali.. 10 minit kemudian, pegawai nikah panggil kami untuk proses pendaftaran nikah aku dan Shinbe.. bila Abah turunkan tandangan kat borang, tiba-tiba aku rasa hiba macam tanggungjawab Abah terhadap aku dah serah kepada bakal suami aku nanti.. Ish, belum lagi akad nikah nanti..mahu airmata mengalir pula.. Ya Allah..kuatkan hati ku..
Selesai semua borang dah tandatangan, kami tunggu surat pendaftaran nikah untuk di bawa ke jurunikah di tempat aku nikah nanti untuk buat temujanji tarikh nikah kami (Tulip & Shinbe).. Alhamdulillah..selesai bab kedua..
No comments:
Post a Comment