Saturday, February 4, 2012

Aduh! Tersepit Antara Dua

Ermmm..topik yang hebat. Bila aku lihat diri sendiri aku terfikir kalau-kalau aku dalam keadaan cam nie..ape aku nak buat???? Aku nak pihak kepada siapa??? Aku jadi orang tengah atau buat tak tahu?? Suka atau tak konflik ini akan heret aku utk babit sama..Niat baik utk tidak keruhkan lagi keadaan..

jadinya, aku cuba akan lakukan apa aku dapat info dari majalah Dara.Com..jOm check list hehe..

BERAT SEBELAH
 Memihak kpd seorang teman hakikatnya hanya mengusutkan keadaan! Tetapi satu kebaikannya, kita boleh luangkan lebih masa untuk tenangkan perasaannya. Biar pun sangat berisiko kerana kita bukan sahaja boleh hilang teman yang seorang lagi, malah turut memburukkan konflik sedang berlaku.

ELAKKAN MEMIHAK
Memihak atau biarkan saja?? Ini adalah peraturan paling utama, walaupun kita tahu siapa sebenarnya betul atau salah. Hakikatnya ia tidak membantu mana-manan pihak termasuklah kita . Ini kerana, sebaik saja memihak, kita secara rasminya juga terheret sama dalam konflik terbabit. Elakkan daripada menyuarakan pendapat dan jika diminta memberi pandangan, katakan : "Kamu berdua dah dewasa, aku yakin masalah ini kamu berdua boleh selesaikan" Mungkin kita akan dianggap seperti tidak prihatin, tetapi untuk jangka panjang, ia membuktikan kita boleh dipercayai. Oleh itu, yakin kedua-dua pihak bahawa kita hargai persahabatan dengan mereka berdua.

LANGKAH BIJAK
Cara paling sihat iailah terus berkawan dengan mereka secara berasingan. Amalkan berkecuali. Jika kedua-duanya cuba mengumpat satu sama lain, elakkan daripada masuk campur. Jelaskan pada mereka kita tidak akan cakap mengenai satu sama lain. Ingatkan mereka bahawa bekerjasama adlaah penting daripada mencari kesilapan masing-masing. Lebih baik meletakkan batasan terhadap konflik terbabit. Jelaskan pada mereka yang kita menghargai persahabatan kita dengan mereka dengan cara menghormati orang lain.

5 comments:

akmadablueberry said...

scha..aku rasa ko xpyh layan apa yg dah jd..aku xnk ko nanti terbabit sama..aku syg relationship kita..

mem alyn elyn said...

Hmmmm...enggan mengulas sebenarnya....ana faham la apa yg ente maksudkn tu.....huhu

mem alyn elyn said...

emmm....enggan mengulas sebenarnye.....moga semenye spt sediakala kan.....kan..kan....

tuLip said...

mem alyn~tak pe xperlu mengulas pun..cume motivasi untuk mereka yang menonton blog i nie..untuk menambah ilmu..!!

akma.d.bluberry~yea..aku pun syg sgt dengan relationship kite..luv u my fren...!!

mem alyn elyn said...

i luv u allssss....