Thursday, February 23, 2012

Movie : Ghost Rider 2

movie time, movie yang terkini aku dapat tengok adalah Ghost Rider 2.. disebabkan kesinambungan dari part 1 kene la aku tengok kan.. part 2 nie lebih banyak persoalan terjawab tetapi ada mangsa keadaan oleh Syaitan yang berjanji dengan Hero nya..
 Antara babak di dalam Ghost Rider 2 yang menarik..ayuh!!
 Inilah kuasa Ghost Rider sepanjang beraksi
 Poster Ghost Rider 2
 Berubah menjadi 'ghost'
 Ghost Rider
 Aksi Ghost Rider
 Bersama motor api
 Membara Api di Muka
 Konon mahu menghapuskan Syaitan tetapi gagal
 Gagal kerana manusia yang mati hidup semula dengan semangat dan kuasa Syaitan
 Aksi ghost rider mahu selamatkan mangsa dari Syaitan
 Mencari Ghost Rider
Kuasa Syaitan yang membara di dalam Ghost Rider..pembalasan jawabnya..
Tontonan yang menarik...

Monday, February 20, 2012

Test HIV

borang nikah dah abis isi, sekarang masa siapkan dokumen yang diminta untuk lampiran borang nie.. langkah pertama hari ini aku dan Shinbe pegi test HIV kat klinik Seri Kembangan.. jauh kan. hehe mestilah kene pegi klinik senang dapatkan appointment.. aku target klinik putrajaya tapi hampeh sebab date appointment bulan 4.. lambat la gayanya.. cancel klinik putrajaya. Pastu aku try call klinik bdr tun razak dekat dengan hospital aku keje dulu, ada date nye 28hb Februari 2012 tapi aku rasa cam lambat.. tak pe aku simpan dulu date tue.. aku try call klinik kami pegi tadi, lagi senang cume datang amek date appointment bila-bila dan bleh datang test pada isnin, rabu dan jumaat.. ape lagi Shinbe pun terus pegi buat appoinment sebab dekat dengan villa die kan..huhu..

tepat pukul 2.00 kami sampai terus isi borang untuk pendaftaran.. ini lah borang die..
 tak banyak sangat pun kene isi, cume maklumat biasa. Nombot die pun special bukan dengan nombor pesakit luar lain.. Lepas dapat nombor dan buat bayaran RM1 (kerajaan kan...) kami terus bawa borang ke makmal dan tunggu giliran..

giliran Shinbe dulu, amek darah kat hujung jari telunjuk kanan.. part tepi lak tue..cam sakit je kan aku tengok tp die stedy jer..huhu.. Turn aku pulak, aku tak mau tengok pegawai tue cocok, memang dari dulu aku memang cam tue..kalau tengok lagi sakit..baik tak payah tengok..huhu.. Selesai semua amek darah kami kene tunggu keputusan nya.. dan hasil nya adalah...jeng,,jeng,,jeng..!!
keputusan Shinbe : non reactive (yeah..bebas!!!)
dan aku pulak........uish tetiba cam berdebar...haha..
keputusan Tulip : non reactive juga...yeaahhaa!!
boleh kahwin dah...hahahaha..
pas nie tunggu next step...

Tuesday, February 14, 2012

arghh..cepat nya!!

terkejut aku bile aku tengok timeline diari aku dah nak sampai hari aku nak kawin..lagi 3 bulan lebih je lagi.. rupanya dah aku hampir siapkan sepenuhnya persiapan perkahwinan aku.. Alhamdulillah.. okey, sekarang benda penting yang aku kejar adalah persiapan segala dokumen nikah aku dan Shinbe.. Shinbe paling tension dalam bab isi borang nikah sebab maklumat dia paling banyak berbanding aku..tambah-tambah Jab. Agama Selangor pakai online kan..pakcik kene sungguh la mengisinya..borang aku masih cam biasa..pakai manual..Cuma yang aku kene ready adalah Abah aku..aku kene bagitau Abah siap-siap sebab takut abah keje luar pulak..Abah kene pegi sign borang nikah kami di depan Tok Kadi.. Aku harap sume berjalan dengan lancar..Amin..



Saturday, February 4, 2012

Aduh! Tersepit Antara Dua

Ermmm..topik yang hebat. Bila aku lihat diri sendiri aku terfikir kalau-kalau aku dalam keadaan cam nie..ape aku nak buat???? Aku nak pihak kepada siapa??? Aku jadi orang tengah atau buat tak tahu?? Suka atau tak konflik ini akan heret aku utk babit sama..Niat baik utk tidak keruhkan lagi keadaan..

jadinya, aku cuba akan lakukan apa aku dapat info dari majalah Dara.Com..jOm check list hehe..

BERAT SEBELAH
 Memihak kpd seorang teman hakikatnya hanya mengusutkan keadaan! Tetapi satu kebaikannya, kita boleh luangkan lebih masa untuk tenangkan perasaannya. Biar pun sangat berisiko kerana kita bukan sahaja boleh hilang teman yang seorang lagi, malah turut memburukkan konflik sedang berlaku.

ELAKKAN MEMIHAK
Memihak atau biarkan saja?? Ini adalah peraturan paling utama, walaupun kita tahu siapa sebenarnya betul atau salah. Hakikatnya ia tidak membantu mana-manan pihak termasuklah kita . Ini kerana, sebaik saja memihak, kita secara rasminya juga terheret sama dalam konflik terbabit. Elakkan daripada menyuarakan pendapat dan jika diminta memberi pandangan, katakan : "Kamu berdua dah dewasa, aku yakin masalah ini kamu berdua boleh selesaikan" Mungkin kita akan dianggap seperti tidak prihatin, tetapi untuk jangka panjang, ia membuktikan kita boleh dipercayai. Oleh itu, yakin kedua-dua pihak bahawa kita hargai persahabatan dengan mereka berdua.

LANGKAH BIJAK
Cara paling sihat iailah terus berkawan dengan mereka secara berasingan. Amalkan berkecuali. Jika kedua-duanya cuba mengumpat satu sama lain, elakkan daripada masuk campur. Jelaskan pada mereka kita tidak akan cakap mengenai satu sama lain. Ingatkan mereka bahawa bekerjasama adlaah penting daripada mencari kesilapan masing-masing. Lebih baik meletakkan batasan terhadap konflik terbabit. Jelaskan pada mereka yang kita menghargai persahabatan kita dengan mereka dengan cara menghormati orang lain.

Friday, February 3, 2012

Selamat Hari Jadi Mama..!!

Mama..Selamat Hari Jadi!! Sweet 17 katakan.. hehe.. tapi anakmu tak dapat balik lagi ari nie.. biasa balik ari sabtu kan..huhu. Aku doakan Mama sentiasa sihat dan murah rezeki sepanjang hidup Mama.. Kak Long sayang Mama sangat.. Semoga Panjang Umur.. Amin.. Sabtu kite sambut hari jadi Mama yea dengan family kite..Tahun lepas kita sambut kat kampung.. so tahun di sini yea.. peace!!
celebrate birthday mama tahun lepas..