Saturday, January 7, 2012

test..test..nasi ayam tue..

minggu nie sibuk la final master chef malaysia..tinggal dua peserta je ke final.. dalam sibuk final nie aku pun sibuk la uji diri masak jenis nasi agak berat la bagi aku sebab aku tak pernah masak cam nie.. sebelum nie aku tolong, minta dan makan je..nie aku cube..huhu..

aku sudah mencuba Nasi Ayam resepi dari Majalah Nur tahun 2011..huhu..dah lama aku tandakan di resepi nie tapi cube tak jugak..jadi semalam aku mencuba dan melaparkan diri untuk rasa masakan diri sendiri..

dari kiri nasi, sambal, kicap, sup dan ayam serta salad, timun dan tomato..huhu..

ayam nie kene rebus dulu..air rebusan tue jangan buang sebab nak buat masak nasi dan sup. ayam nie dah perap dengan madu, kicap pekat, sos tiram, bawang putih, bawang merah, dan halia..sejam aku perap.. dalam aku perap ayam aku sediakan bahan nasi pulak..

nasi nie kene tumis dengan marjerin, bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga, sikit kulit kayu manis..naik je bau masukkan beras dah dibasuh dan sikit kunyit.. masakkan dulu..pastu dah abis tumis, masuk dalam periuk nasi untuk masakkan die..aku cadangkan kalau nak mencuba pakai la beras basmahti..cantik sikit..tak de la nasi aku nie..pakai beras biase jer..

tengah nasi nak masak, aku sediakan sup cume panaskan balik air rebusan tadi cume tambah daun sup, daun bawang, garam dan ajinamoto..kacau-kacau dan rasa..huhu..

selesai ayam, nasi dan sup.. aku sediakan pulak bahan ringan iaitu sambal dan kicap..sambal nie aku pakai cili merah, cili padi dan bawang putih dikisar..lepas kisar masakkan pulak dengan sos cili dan cuka sampai pekat.. kicap pulak aku pakai kicap biasa dan sikit sup dicampurkan dengannya..

Jadi inilah menu utama yang aku boleh masak buat masa sekarang..huhu..nice try..peace!!

3 comments:

Mrs Rodaq said...

sedap la kononyer tuhhh!hahahaha.

tuLip said...

of course ler...huuhuu..

Mrs Rodaq said...

ala..mmg sdp.aku men2 la.kalo ko masak sume sedap.even tak bagik aku mkn pon.hahahaha