masa cuti krismas, satu-satunya sepupu sebaya lelaki, Yoep selamat bertunang dengan pilihan hati Aj..huhu..shomey sangat diorang.. dah lama diorang ber'couple' jadi cam aku dan sis watie la..nak berumahtangga..untuk tahun 2011 dan 2012 takkan abis dengan story wedding of da year kami..huhu..
bila aku tengok keadaan sekarang, aku terfikir dengan sepupu yang lain, besar dah kami nie.. dah nak kawin pun, rasa baru jer main masak-masak sama-sama, mandi kolam sama-sama, tidur kat kampung ramai-ramai.baru semalam jer sembang sama-sama sampai tengah malam masa cuti sekolah dulu..
kalau lah tok Don ade mesti die seronok tengok cucu-cucu die dah nak kawin kan..untuk tok Don, kami tak sempat nak raikan hari bahagia kami dengan tok Don tapi doa kami sentiasa iringi untuk kesejahteraan dan semoga roh tok Don dicucuri rahmat..Al-Fatihah..kami sayang tok Don..
sekarang, untuk tahun 2012 kami BERTIGA bersedia untuk persediaan perkahwinan kami ..hahaha..menabung kome!!! (bak sleng org perOk...!!)
Untuk Shinbe dan Tulip (aku la..) tak de aral melintang kami akan disatukan pada 1,2 dan 3 Jun 2012
Shinbe dan Tulip ~ saat Tulip disarungkan cincin oleh Ibu Shinbe..
Seterusnya pasangan baru bertunang pada 25 Disember 2011 akan di ijab kabul pada bulan Ogos 2012 seminggu lepas raya tahun depan.
Yoep dan Aj ~ saat cincin disarungkan kepada Aj oleh Mak Chor (mama Yeop)
Pasangan yang telah bertunang pada 2 Oktober 2011 InsyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada bulan November 2012..
Sis Watie dan Azmir ~ saat bakal ibu mertua sarungkan cincin di jari..
Inilah cucu-cucu tok Don yang bakal berkahwin pada tahun 2012 dan generasi baru akan datang dari kami cucu-cucu tok Don tersayang..
No comments:
Post a Comment