Sunday, October 9, 2011

The Secret Life Of NORA Part 1

hari sabtu malam ahad aku dan Miss jiejii... dah deal nak tengok teater The Secret Life of NORA.. kalau pasal teater dibawah arahan TIARA J. aku mesti pegi..tak pernah miss punye la.. aku minat dengan hasil karya dia.. Dari Puteri Gunung Ledang Season 1 dan 2, P.Ramlee The Musical 1 dan 2 dan yang terbaru teater nie.. dah 11 hari dipentaskan dan aku rase cam nak pegi tengok sekali lagi..tapi harga tiket agak mengecewakan.. agak mahal..huhu..tengok gambar je sudah..huhu..
nie la salah satu tempat yang menarik di luar panggung teater sebelum mula..nak feeling amek gambar kat sini tak dapat la..ade je orang nye..huhu..
pentas panggung teater yang menarik..aku agak tertarik dengan kerusi LOVE yang besar tue..cube teka sape yang duduk kat kerusi besar tue..huhuhu..
ape lagi sebelum mula teater aku dan jiejii feeling la amek gamabr sendiri..sian kami pegi berdua jer..huhu..
barisan pelakon teater The Secret Life of NORA..ada Pak Nil, Adibah Noor, Tony Yusof dan Tiara J. yang omputih dua orang lagi aku tak kenal la..tp yg aku baca profile die, diorang nie pelakon teater luar negara..hebat kan....

teater kami bermula jam 8.30 mlm..kul 9.45 mlm rehat kejap.. Aih time nie aku bergambar kat luar..tak ramai orang sangat..tak la berebut..huhu..
Jeng,jeng,jeng..huhu..NORA ZAIN dengan PA baru..huhuhu..gaya tue penting..hehe..
Dalam masa rehat nie, ktorg pegi ke stall yang jual sume lambang NORA..aku dah membeli salah dua barang dari tue..hehehe..
Kelassss gitu...pink tau..huhuhu..buku besar tue buku profile pelakon dan ade poster utk sign autograph nanti dan notebook NORA..shhhyyy!! huhuhu..
Hampir 2 setengah jam termasuk rehat selesai persembahan nie..penat tangan aku tepuk penuh semangat..yelah..mane tak nye memang best sgt teater nie.. Nak tau kisah nye lagi moh kite jenguk sikit sinopsis die..huhu...

SINOPSIS THE SECRET LIFE OF NORA
The Secret Life of Nora (NORA) berkisar di zaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an. Projek terbaru Enfiniti ini adalah sebuah muzikal hebat yang menceritakan kisah Nora, seorang wanita yang memiliki kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain.Dia berharta, memiliki rupa paras yang amat cantik malah merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia.Oleh itu secara tidak langsung, Nora sebagai pemilik baru panggung itu kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dalam menjejaki aktiviti haram tersebut. Nora juga diancam dengan penutupan panggung itu dan Nora sendiri bakal dipenjarakan.Namun demikian, mungkin kerana nasib menyebelahi Nora, pihak Interpol telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkuk di dalam penjara. Nora bersetuju.Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan.Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab…dan dalam pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya…… namun semuanya harus Nora lakukan secara rahsia.

Orite... nantikan Part 2 sebab ada gelagat aku amek sign pelakon..huhuhu..tunggu yea..huhu.

No comments: