Assalamualaikum dan Salam Rindu..
Itu lah dia aku betul-betul dah lama tak coretkan something dalam blog aku nie..
Alhamdulillah aku masih ada rasa ingin menaip..Yealah kan teknologi makin canggih sekarang..yang penting sekarang FB pun dah canggih nak hapdet alkisah seseorang..hehehe..
Baiklah aku nak mulakan bercerita tentang kisah hari ini..
Hari ini aku hadirkan diri dalam satu Kursus Pengukuhan Jati Diri - Magnet Diri bersama Personaliti TV Al-Hijrah iaitu En. Amin Idris. Serius aku cakap aku tak berapa kenal dengan beliau just kawan ofis aku je bagitahu beliau BEST!.. ermm matlamat aku senarnya bukan kerana beliau pengacara Assalamualaikum Channel Al-Hijrah aku tergerak hati sebab tajuk dan pengisian aktiviti kursus ini.
Alhamdulillah..aku dapat pelbagai info dan betul-betul membantu dalam membina dan ukuhkan diri sebagai seorang anak, isteri, ibu, penjawat awam, sahabat, kawan, kenalan mahupun masyarakat majmuk..tengok tengok ayat aku nak olah pun dah macam kaunselor kan..hihihi..
Tak terkira ilmu beliau curahkan dan kongsi kan dengan kami peserta kursus ini..
Terima Kasih En. Amin Idris... Aura dan Penyampaian Perubahan Positif Diri Seseorang!