Kini minggu ke 39.. Haiyo aku menghitung hari je nie..minggu depan genap minggu ke 40.
Cam ner nie.. Tanda bersalin pun belum ada..sakit belakang dah sangat nie..
Cam-cam cerita aku dengar pasal hal-hal bersalin. cuma sekarang aku banyak membaca mengenai tanda-tanda bersalin.. aku banyak google blog-blog orang lain dan baca di majalah Pa & Ma..
Yang nie aku amik ihsan di Majalah Pa & Ma, Tajuk artikel : Kenali Tanda Awal Bersalin
1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.
Pengalaman Tulip
Aku nie cuma kuar lendir-lendir je..pekat lak tue. darah belum lagi la.harap-harap tak de la sebab orang kata kalau kuar darah sakit sikit la masa nak bersalin..
2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
Pengalaman Tulip
Pernah jadi cam nie tapi sekali jer..dalam aku tengah tidur..masa tue DIA je yang tahu aku sakit cam ne tapi sekali tue jer.. aku risau juga lepas tak sakit tue. Aku tunggu sampai baby gerak-gerak..Alhamdulillah..gerak dengan aktif. Pandai baby ibu..
3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.
Pengalaman Tulip
Buat masa sekarang belum terjadi lagi..tapi aku kadang-kadang terasa mengalir panas jer kat paha aku nie..cepat-cepat aku pegi check..hehe..
Sekarang aku masih menunggu tanda-tanda bersalin aku nie..countdown dari sekarang..
No comments:
Post a Comment