Saturday, September 24, 2011

Sharing Is Caring

Motivasi untuk hari ini, kisah bermula dari aku telah ditanya oleh sedara mara aku tentang tema hari perkahwinan aku nanti. aku beritahu la belum mencari tema yang sesuai lagi.. Dan secara tetiba aku explore la pencarian tema kahwin nie dalam buku pengantin yang aku dah beli sebelum tunang.. Dalam mencari-cari aku selak page yang menceritakan Hidup Berpasangan atau Bercinta Apa Kelebihannya?? Wah, memang sesuai untuk insan yang rasa ingin bercinta dan berumahtangga.. Apa salahnya kita membaca fakta begini kan.. Mana tau ia boleh mengubah kehidupan seseorang yang kurang atau tidak memahami hidup ada pasangan kepada mahu memiliki pasangan yang boleh menjadikan kita lebih baik dari sekarang.. 
Seperti aku nie, hampir bertahun mencari cinta, putus cinta perkara biasa kerana dengan adanya airmata, cemburu, marah semasa bercinta boleh mengenali diri kita sendiri selain kawan-kawan perempuan yang menjadi cermin kehidupan kita..
Bercinta dan berpasangan ini telah menjadi lumrah dalam kehidupan ini kerana ia boleh mengajar kita tentang perkongsian dalam kasih sayang. Budak darjah satu pun pandai nak bercinta dan berpasangan padahal diorang tahu apa makna bercinta tue.. Mereka pun ada perasaan..
Masa bercinta semuanya manis, bila putus cinta hilang manis nya. Perkara begini selalu kita dengar dan kali ini aku tumpukan kelebihan bercinta dan berpasangan. Ayuh kita...
 
Perubahan satu fasa kehidupan
Boleh dikatakan apabila sudah mula bercinta, kehidupan sudah berubah kepada satu fasa yang lain. Kalau sebelum ini hidup berseorangan pantang larangnya lain, maka apabila bercinta pantang larangnya juga sedikit sebanyak berubah. Bercinta juga permulaan kepada fasa kehidupan satu lagi iaitu berumah tangga. Semasa bercinta inilah, sedikit sebanyak liku-liku bagaimana kehidupan berumahtangga dapat diketahui. Ini boleh menjadikan seseorang lebih mengenali kehidupan sebenar.

Berkongsi
Apabila bercinta, berkongsi sememangnya satu kemestian. Tidak semata-mata berkongsi kasih sayang selain keluarga, tetapi juga berkongsi perasan gembira, sedih, cerita, barangan, bertukar cerita, bertukar pendapat. Ini kerana berkongsi dengan orang tercinta adalah berbeza sekali berkongsi dengan kawan-kawan. Berkongsi juga boleh meredakan sikap tamak dan bangga diri dengan apa yang kita ada.


Perasaan cinta yang memberi dan menerima
Perasaan inilah yang paling manis bagi pasangan bercinta. Cinta bukan hanya untuk memberi, tetapi juga untuk menerima. Apabila ada kedua-duanya, memberi dan menerima maka itulah yang dikatakan manisnya bercinta. Perasaan inilah yang membolehkan seseorang ketawa seorang diri, senyum seorang diri dan macam-macam lagi yang indah-indah belaka.
Dan semestinya orang tidak pernah bercinta tiada perkara ini..Jika mahu cuba la bercinta yea..


Belajar bertanggungjawab.
Bertanggunjawab adalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tanggungjawab boleh datang dalam pelbagai keadaan seperti mengambil berat, memberi sokongan, dorongan, kata semangat, membimbing, mana yang boleh, mana yang tidak boleh dan banyak lagi. Walaupun bukan bertanggungjawab sepenuhnya seperti sepasang suami isteri, tetapi boleh dikatakan inilah proses untuk belajar bertanggungjawab terhadap pasangan kita. Belajar tanggungjawab bukan sahaja untuk hidup berpasangan  tetapi jika pernah bercinta perkara ini membawa kita kepada hidup lebih baik dengan tanggungjawab bersendirian


 Bakal suami/isteri
Apa lagi tujuan bercinta selain untuk melihat lebih jauh ke hadapan iaitu sebagai teman hidup. Bila bercinta kita dapat tahu samada pasangan kita ini sesuai atau tidak untuk dijadikan teman hidup. Biasanya kalau sudah serasi masa bercinta, tiada masalah untuk berkahwin. Tetapi kalau masa bercinta sudah curang sana-sini, pukul sana sini, takkan orang seperti itu hendak dijadikan suami/isteri bukan.? 
 
Perkara ini terlalu banyak hendak dihuraikan tetapi aku mengambil point penting sahaja.. Jadi kepada mahu bercinta semoga menjalani kehidupan manis bercinta, kepada yang sedang bercinta berdoalah si dia jodoh kita dan usaha lah mengenali si dia dengan lebih lagi dan kepada pasangan telah selamat berumah tangga aku mahu menjadi seperti kamu semua.. Doakan nya yea.. Amin..

2 comments:

a.R said...

amin...mudah-mudahan..~

tuLip said...

amin..insyaAllah..