Hari Merdeka dah 17 hari kite tinggal tapi aku telah diajar tentang menghormati kemerdekaan Malaysia adalah sehingga 16 September kerana tarikh ini adalah Malaysia telah dibentuk pada tahun 1961.. 3tahun lepas merdeka..
Jadi aku tidak sangka PM kita Najib Razak telah mengumumkan Hari Penubuhan Malaysia sebagai tarikh umum.. tidak salah aku dah dua tahun cuti umum ini.. 31 Ogos 1957 dan 16 September 1961 menjadi dua tarikh bersejarah untuk Malaysia..
Sejak dari bangku sekolah, aku sentiasa ada semangat kemerdekaan bila tibanya Hari Merdeka.. Aku menunjukkan semangat kemerdekaan aku ni dengan menghayati nyanyian Aishah lagu Bahtera Merdeka dan lagu Warisan nyanyian Sudirman..
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Bahtera Merdeka
Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
Aman Merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
Kalau filem yang boleh aku hayati pula, Filem P.Ramlee...Sarjan Hassan. Filem nie aku paling suka dan samapi dah hafal dialog dan jalan cerita nya..huhu..setiap kali merdeka aku akan tengok di channel tv yang siarkan filem nie..huhu.. Filem nie ada nilai kemerdekaan tersendiri.. Menentang komunis dari askar wataniah Tanah Melayu dan peperangan yang amat kejam dari penjajah Jepun..Dalam filem nie juga terdapat pengkhianat negara.. Memang tak patut..
Lepas dah selalu sangat layan Sarjan Hassan tiap tahun, aku mula jatuh cinta dengan Filem arahan Suhaimi Baba dan ini adalah cubaan pertama oleh Pengarah Pontianak mengarahkan filem paling bersejarah iaitu 1957 Hati Malaya.. Filem paling dekat dengan pemimpin sebelum merdeka seperti Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar, Tunku Abdul Razak, Ayahanda kepada Tun Abdullah iaitu Imam Badawi, Tan Cheng Lock dan ramai lagi.. Filem ini mendekatkan kita juga perjuangan mendapatkan sejarah berdasarkan sejarah yang kita belajar di sekolah dulu..huhuhu.. agaknya kepada adik-adik sekolah yang kurang memahami sejarah kemerdekaan Malaysia, boleh tengok Filem ini dan senang nak faham..Sempurna sangat..
Aku berharap masih ada lagi penyanyi dan pelakon menyanyikan dan melakonkan lagu-lagu dan watak-watak tentang kemerdekaan Tanah Melayu.. Kita tidak berjuang bersama mereka dalam mendapatkan kemerdekaan dan bukan anak sebelum merdeka dan tidak mendengar laungan MERDEKA oleh Bapa Kemerdekaan di Stadium Merdeka....tapi kita adalah pewaris dan anak-anak Malaysia dan menyokong segala membentuk Malaysia dari penjajah.. InsyaAllah.. MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!
No comments:
Post a Comment