Saturday, September 24, 2011

Sharing Is Caring

Motivasi untuk hari ini, kisah bermula dari aku telah ditanya oleh sedara mara aku tentang tema hari perkahwinan aku nanti. aku beritahu la belum mencari tema yang sesuai lagi.. Dan secara tetiba aku explore la pencarian tema kahwin nie dalam buku pengantin yang aku dah beli sebelum tunang.. Dalam mencari-cari aku selak page yang menceritakan Hidup Berpasangan atau Bercinta Apa Kelebihannya?? Wah, memang sesuai untuk insan yang rasa ingin bercinta dan berumahtangga.. Apa salahnya kita membaca fakta begini kan.. Mana tau ia boleh mengubah kehidupan seseorang yang kurang atau tidak memahami hidup ada pasangan kepada mahu memiliki pasangan yang boleh menjadikan kita lebih baik dari sekarang.. 
Seperti aku nie, hampir bertahun mencari cinta, putus cinta perkara biasa kerana dengan adanya airmata, cemburu, marah semasa bercinta boleh mengenali diri kita sendiri selain kawan-kawan perempuan yang menjadi cermin kehidupan kita..
Bercinta dan berpasangan ini telah menjadi lumrah dalam kehidupan ini kerana ia boleh mengajar kita tentang perkongsian dalam kasih sayang. Budak darjah satu pun pandai nak bercinta dan berpasangan padahal diorang tahu apa makna bercinta tue.. Mereka pun ada perasaan..
Masa bercinta semuanya manis, bila putus cinta hilang manis nya. Perkara begini selalu kita dengar dan kali ini aku tumpukan kelebihan bercinta dan berpasangan. Ayuh kita...
 
Perubahan satu fasa kehidupan
Boleh dikatakan apabila sudah mula bercinta, kehidupan sudah berubah kepada satu fasa yang lain. Kalau sebelum ini hidup berseorangan pantang larangnya lain, maka apabila bercinta pantang larangnya juga sedikit sebanyak berubah. Bercinta juga permulaan kepada fasa kehidupan satu lagi iaitu berumah tangga. Semasa bercinta inilah, sedikit sebanyak liku-liku bagaimana kehidupan berumahtangga dapat diketahui. Ini boleh menjadikan seseorang lebih mengenali kehidupan sebenar.

Berkongsi
Apabila bercinta, berkongsi sememangnya satu kemestian. Tidak semata-mata berkongsi kasih sayang selain keluarga, tetapi juga berkongsi perasan gembira, sedih, cerita, barangan, bertukar cerita, bertukar pendapat. Ini kerana berkongsi dengan orang tercinta adalah berbeza sekali berkongsi dengan kawan-kawan. Berkongsi juga boleh meredakan sikap tamak dan bangga diri dengan apa yang kita ada.


Perasaan cinta yang memberi dan menerima
Perasaan inilah yang paling manis bagi pasangan bercinta. Cinta bukan hanya untuk memberi, tetapi juga untuk menerima. Apabila ada kedua-duanya, memberi dan menerima maka itulah yang dikatakan manisnya bercinta. Perasaan inilah yang membolehkan seseorang ketawa seorang diri, senyum seorang diri dan macam-macam lagi yang indah-indah belaka.
Dan semestinya orang tidak pernah bercinta tiada perkara ini..Jika mahu cuba la bercinta yea..


Belajar bertanggungjawab.
Bertanggunjawab adalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tanggungjawab boleh datang dalam pelbagai keadaan seperti mengambil berat, memberi sokongan, dorongan, kata semangat, membimbing, mana yang boleh, mana yang tidak boleh dan banyak lagi. Walaupun bukan bertanggungjawab sepenuhnya seperti sepasang suami isteri, tetapi boleh dikatakan inilah proses untuk belajar bertanggungjawab terhadap pasangan kita. Belajar tanggungjawab bukan sahaja untuk hidup berpasangan  tetapi jika pernah bercinta perkara ini membawa kita kepada hidup lebih baik dengan tanggungjawab bersendirian


 Bakal suami/isteri
Apa lagi tujuan bercinta selain untuk melihat lebih jauh ke hadapan iaitu sebagai teman hidup. Bila bercinta kita dapat tahu samada pasangan kita ini sesuai atau tidak untuk dijadikan teman hidup. Biasanya kalau sudah serasi masa bercinta, tiada masalah untuk berkahwin. Tetapi kalau masa bercinta sudah curang sana-sini, pukul sana sini, takkan orang seperti itu hendak dijadikan suami/isteri bukan.? 
 
Perkara ini terlalu banyak hendak dihuraikan tetapi aku mengambil point penting sahaja.. Jadi kepada mahu bercinta semoga menjalani kehidupan manis bercinta, kepada yang sedang bercinta berdoalah si dia jodoh kita dan usaha lah mengenali si dia dengan lebih lagi dan kepada pasangan telah selamat berumah tangga aku mahu menjadi seperti kamu semua.. Doakan nya yea.. Amin..

Monday, September 19, 2011

Holiday Bandung

Holiday....Cuti.... rasa dah lama tak bercuti sungguh-sungguh nie..aku rasa last pegi holiday masa new year kat Pulau Pinang.. masa tue sakan gila aku bercuti.. shopping tak hengat!! huhuhu.. ha..sekarang aku menghitung hari, lagi 39 hari lagi nak luar negara.. sebulan lagi tue.. ape nie, passport tak buat lagi,,,, cuti luar negara tak minta lagi.... study duit rupiah tak khatam lagi.. duit tak tukar lagi nie.. asyik tengok kat money changer je.. gagau gak nak tau harga kat sane.. list barang tak ready lagi nie... Arrgggghhhhh!! tak settle lagi sume nya..  cam ne nie.. tolong la.. So dari tarikh sekarang kene bersiap sedia.. Bandung!!! aku belum sedia lagi nie....

Out~~peace~~

Saturday, September 17, 2011

Sarjan Hassan vs 1957 Hati Malaya <<----***********---->> Warisan vs Bahtera Merdeka

Hari Merdeka dah 17 hari kite tinggal tapi aku telah diajar tentang menghormati kemerdekaan Malaysia adalah sehingga 16 September kerana tarikh ini adalah Malaysia telah dibentuk pada tahun 1961.. 3tahun lepas merdeka..

Jadi aku tidak sangka PM kita Najib Razak telah mengumumkan Hari Penubuhan Malaysia sebagai tarikh umum.. tidak salah aku dah dua tahun cuti umum ini.. 31 Ogos 1957 dan 16 September 1961 menjadi dua tarikh bersejarah untuk Malaysia..

Sejak dari bangku sekolah, aku sentiasa ada semangat kemerdekaan bila tibanya Hari Merdeka.. Aku menunjukkan semangat kemerdekaan aku ni dengan menghayati nyanyian Aishah lagu Bahtera Merdeka dan lagu Warisan nyanyian Sudirman..
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta 
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini 
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki 
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Bahtera Merdeka
Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba

Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga

Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi

Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
 
Kalau filem yang boleh aku hayati pula, Filem P.Ramlee...Sarjan Hassan. Filem nie aku paling suka dan samapi dah hafal dialog dan jalan cerita nya..huhu..setiap kali merdeka aku akan tengok di channel tv yang siarkan filem nie..huhu.. Filem nie ada nilai kemerdekaan tersendiri.. Menentang komunis dari askar wataniah Tanah Melayu dan peperangan yang amat kejam dari penjajah Jepun..Dalam filem nie juga terdapat pengkhianat negara.. Memang tak patut..

Lepas dah selalu sangat layan Sarjan Hassan tiap tahun, aku mula jatuh cinta dengan Filem arahan Suhaimi Baba dan ini adalah cubaan pertama oleh Pengarah Pontianak mengarahkan filem paling bersejarah iaitu 1957 Hati Malaya.. Filem paling dekat dengan pemimpin sebelum merdeka seperti Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar, Tunku Abdul Razak, Ayahanda kepada Tun Abdullah iaitu Imam Badawi, Tan Cheng Lock dan ramai lagi.. Filem ini mendekatkan kita juga perjuangan mendapatkan sejarah berdasarkan sejarah yang kita belajar di sekolah dulu..huhuhu.. agaknya kepada adik-adik sekolah yang kurang memahami sejarah kemerdekaan Malaysia, boleh tengok Filem ini dan senang nak faham..Sempurna sangat..

Aku berharap masih ada lagi penyanyi dan pelakon menyanyikan dan melakonkan lagu-lagu dan watak-watak tentang kemerdekaan Tanah Melayu.. Kita tidak berjuang bersama mereka dalam mendapatkan kemerdekaan dan bukan anak sebelum merdeka dan tidak mendengar laungan MERDEKA oleh Bapa Kemerdekaan di Stadium Merdeka....tapi kita adalah pewaris dan anak-anak Malaysia dan menyokong segala membentuk Malaysia dari penjajah.. InsyaAllah.. MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!

Saturday, September 3, 2011

Hari Raya bersama Hantu Bonceng...

Salam Lebaran Sume nya.. sudah lama aku tak update blog sendiri..al maklum bukan buzy mane keje pun cuma tak de maklumat ape-ape nak di update kan..relaks dulu..huhu.. Sekarang Ramadhan baru tinggalkan kita..Syawal dah kita..huhu.. aku nak ucapkan Selama Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin yea.. tahun nie aku cam biase beraya di kampung halaman Batu Gajah, Peroookkk..huhu.. Bila aku raya kat sana ape lagi cam-cam menu dan aktiviti akan termakbul dan dirancang..sebut jer mesti jadi punye la..huhu..

1 Syawal menu di pagi raya adalah Nasi Lemak Anum @ Mak Andak aku..memang lazat..dengan sambal ikan bilis.. Ape Celup nasi lemak kedai.. Masak la wei...huhuhu.. siang hari duk umah tggu orang datang beraya..malam baru pegi beraya..

2 Syawal menu paling special.. Nasi Tomato dan Sate Ayam dan Daging...pergghhh.. tak senang duduk dibuatnye.. Mak-mak bahagian nya sediakan masakan utama..aku dan JieJie buat air special mix fruit punch.. yummmyy... laku pulak tue..sampai ke petang tetamu raya hirup..huhu.. Mekasih tetamu yang datang umah separuh terbuka di hari raya ini..huhu..seperti biase malam baru nak pegi beraya..

3 Syawal kami sepupu sepupu semua wat keje gila..orang lain sibuk beraya lagi kami berlapan pegi beraya di TGV..tengok wayang..huhu..ada 2 choice wayang nak tengok.. 1st Final Destination 5 (FD 5) & Hantu Bonceng..tapi lebih tertarik dgn (FD 5) tapi malangnya filem nie utk 18 thn ke atas..dalam kami berlapan cuma sorang je belum cukup 18..aiishhh..memang PUNCA.. jadinya nak bergelak ketawa tengok la HANTU BONCENG..
Time kami tengok wayang pukul 1:20 tengahari..punya lambat aku, JieJie, Shena, Sis Watie dan Bro Azmir nak sampai kat wayang, Wawa dan Naim dah call banyak kali sebab dah kene marah dgn Big Bro..Master Yoep..kami yg lambat bdk-bdk tue pulak kene marah, marah la kami nie ha..dah jumpe kat wayang tak nak marah kami pulak..ermm cekik baru tau.. aaaummm!!

Filem HANTU BONCENG....memang gelak sakan kami dalam panggung, tak ingat sesape dah kiri kanan..gelak tak ingat dunia.. filem komedi yang memang bessstttt sangat.. no,,no,,no,, mesti u all ingat sebab Zizan kan..tue salah satu nya la..jalan citer nyer memang menarik..banyak moral dan pengajaran dpt belajar dari filem ini..rugi sesape blum pegi tengok.. sesape yg tension-tension, dah lama tak gelak besar pegi la tengok citer nie..mesti sampai keluar panggung pun tak abis ketawa lagi..macam kami..huhu..Jom tengok imbasan filem nie...
Inilah Hantu Bonceng nye..Juliana Evans atau wataknya Maya..huhu..tengok hantu pakai sandel..huhu..kantoi..takot pijak paku la..huhu. Zizan atau Amran selalu kene kacau dengan hantu bonceng nie sebab accident dgn Maya masa nak balik dari lumba haram dan Maya nie hadiah kemenangan Amran.. Jadinya yang selamat cuma Amran jer..Maya mati dan jadi hantu.. Cam-cam yang berlaku kat Amran sebab gangguan Hantu Bonceng atau Maya...huhu..
Terperanjat ko Amran..huhu..inilah salah satu scene Hantu Bonceng kacau Amran..asyik terperanjat je si Amran sampai la satu hari Amran minta tolong dengan kwn baik die Kunyit dan baby kesayangan Amran, Jue Aziz (Halimaton) utk selesai kan masalah nie..cam-cam kisah pulak Amran dengan Kunyit dalam misi mencari penyelesaian misteri nie..
Hehehe..sampai jumpe ustaz la nak selesaikan masalah nie..mula-mula percaya kan khurafat dengan jumpe bomoh tapi tak menjadi..mulai saat ini lah mereka berdua nie insaf dan telah kembali ke jalan yang benar..huhuhuhu..
Ton nie keje sebagai nurse kat hospital mayat Maya simpan..jadi Amran pujuk la si Ton untuk sama selesaikan masalah nie..cari keluarga Maya..hehehe..kelakar la bile tengok Zizan pakai baju couple nie..cam Auuu..tp sweet...huhuhu..
Akhirnya jumpa la dgn adik kembar Maya, Ayu namanya.. Amran dengan rasa bersalah dgn kematian Maya, Amran bantu Ayu duduk kat K.L untuk jaga Ayu.. Jadi ape jadi dengan Baby Amran,, Halimaton?? Ape jadi dengan mayat Maya?? Nak tau ke ape ending nya..huhu Pegi la tengok ramai kat wayang..Wishh Heppy 4 u all...

Out~~peace~~